PEMAIN tengah UKM FC, Helmi Hariri Ibrahim yang sedang menjalani pemulihan kecederaan patah tulang belakang, mendapat tajaan rawatan rehabilitasi dari DBC Healthcare.  

DBC Healthcare merupakan pusat pemulihan fisioterapi terkemuka berpangkalan di Helsinki dan mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh dunia, sembilan di Malaysia.

Dipetik La BOLA Malaya, Ketua Pegawai Eksekutif DBC Malaysia, Wee Hock Kee berkata, ini satu daripada komitmen mereka untuk mempromosikan rehabilitasi sukan di Malaysia.

"Dia masih muda, baru 23 tahun dan mempunyai semangat dan determinasi tinggi. Kami tidak mahu kariernya berakhir begitu saja dan itu membuatkan kami terpanggil untuk membantu.

“Dia sedang menjalani pemulihan yang cukup baik di sini dan apabila tamat rawatan di sini dan dibenarkan pulang, DBC akan menawarkan sesi rehabilitasi buatnya untuk dia mendapatkan semula kekuatan dan memperbaiki semula fungsi tubuh,” katanya.

Helmi yang juga merupakan adik kepada pemain JDT II, Syahrul Azwari mengalami kecederaan serius itu selepas terjatuh dari ketinggian hampir empat meter pada 2 Januari lalu.

Dia dianggap sebagai salah seorang pemain tonggak pasukan apatah lagi telah mempamerkan aksi cemerlang untuk membantu UKM FC muncul naib juara Piala FAM 2017 seterusnya layak beraksi di Liga Premier musim ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada sumbangannya, UKM FC membuat keputusan untuk tidak menamatkan kontrak atau mencari pengganti Helmi sebaliknya akan kekal dengan barisan pemain tempatan sedia ada di dalam skuad.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Terengganu FC (TFC) II berjaya mengesahkan slot pentas final Kejohanan 4 Penjuru, Piala YAB Menteri Besar Terengganu selepas mengetepikan cabaran Melaka United 4-3 pada aksi terakhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.
  • PENGENDALI Kelantan, Sathit Bensoh tidak mahu keputusan seri sebaliknya lebih berminat mencari kemenangan apabila bertemu Ratchaburi FC pada aksi terakhir Piala Super Boost SportsFix di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
  • WALAUPUN mengakui lawannya berada di kelas tersendiri, pemain profesional negara, Liew Daren berjanji akan memberi saingan sengit apabila bertemu pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen, pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters di sini, esok.
  • FOOTBALL Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) dengan liga bola sepak Sepanyol, La Liga, hari ini.
  • KEDAH kini dilihat bakal melahirkan seorang lagi pertahanan kiri yang berkualiti tinggi apabila pemain muda, Nur Fiqrie Abd Talib yang diserap masuk ke pasukan Liga Super Kedah musim ini mula mencuri perhatian jurulatih dan penyokong pasukan tersebut.