AHMAD Hazwan Bakri akui reputasi baiknya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini bukan tiket untuk beliau dipilih secara automatik bagi membarisi kesebelasan utama skuad Harimau Malaysia.

Hazwan antara penyerang dipanggil Datuk Ong Kim Swee bagi memantapkan bahagian serangan untuk menghadapi aksi persahabatan antarabangsa bertemu Filipina di Manila pada 22 Mac ini.

Selain pemain kelahiran Labuan itu, Kim Swee turut memanggil dua penyerang veteran Safee Sali dan Amri Yahyah.

"Di JDT saya diberi peluang untuk bermain, jadi prestasi dan keyakinan saya masih di tahap memuaskan.

"Namun, saya perlu bekerja keras terutama memperbaiki penyudah di depan pintu gol.

"Apa pun, saya harap momentum di JDT dapat dibawa ke skuad kebangsaan dan dipilih sekali lagi," katanya.

Biarpun terpaksa bersaing dengan pemain import, pemain berusia 26 tahun itu masih mampu meledak empat gol buat JDT setakat ini.

Untuk rekod, Hazwan meledak tujuh gol dalam 19 penampilan bersama skuad kebangsaan.

Sementara itu, Safee yang kerap dipanggil menyertai skuad kebangsaan sejak 2008 bagaimanapun mengakui kali ini beliau perlu melipat gandakan usaha bagi memikat hati jurulatih.

"Saya perlu bersaing dengan pemain lebih muda. Apa pun, jika tak tersenarai dalam kesebelasan utama, duduk di bangku simpanan pun tiada masalah.

"Saya tak kisah siapa yang diturunkan...Janji dapat beri persembahan terbaik dan cuba cipta kemenangan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan keputusan seri terikat tanpa jari-ngan diperoleh pemainnya ketika menentang Filipina dalam perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila kelmarin keputusan baik dan memuaskan.
  • "RANKING tidak penting !". Itu kata bekas ketua jurulatih bola sepak negara, Datuk K Rajagobal kira-kira lima tahun lalu ketika menyifatkan prestasi skuad negara tidak boleh diukur dengan angka ranking semata-mata.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.