JOE Hart besar kemungkinan tidak akan kembali ke Manchester City musim depan kerana pasukan itu sudah tidak mahukan khidmatnya.

Malah, Hart menjelaskan dia sudah menutup pintu untuk menyarung jersi City kembali setelah apa yang dilakukan kelab itu kepadanya.

“Saya yakin saya hanya akan jadi pemain simpanan jika berada di City.

“Tidak banyak yang berubah saat ini dan saya harus realistik bahawa City bukan untuk saya lagi.

“Tidak semua orang menyukai anda dalam pasukan, jadi saya perlu terima ketentuan ini, apatah lagi pengendali City, Pep Guardiola yang membuang saya.

“Saya ingin bermain dan saya sangat ingin bermain jadi jika memang tidak ada peluang, maka saya akan mencari kelub lain,” katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.