PENYANDANG Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya melancarkan jersi yang bakal digunakan pasukan berkenaan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim 2018/2019 ini.

Majlis pelancaran yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru itu disambut meriah oleh ribuan penyokong tegar pasukan berkenaan yang mula mengunjungi pekarangan dataran bermula jam 6 petang.

Untuk saingan Liga M musim ini, Harimau Selatan sekali menampilkan Nike sebagai penaja rasmi bagi kit pasukan itu berdasarkan daripada perjanjian selama tiga tahun bersama jenama terkemuka tersebut yang telah dimeterai musim lalu.

Selain pasukan utama JDT, tiga pasukan lain yang bernaung di bawah Kelab Bolasepak JDT, JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV (Liga Belia) turut mendapat tajaan yang sama.

Tiga warna simbolik iaitu biru sebagai kit rumah (home), merah kit pelawat (away) dan biru cair kit ketiga (alternate) diperkenal pada majlis disempurnakan Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim serta Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya.

Turut diadakan sesi jualan jersi berkenaan yang mana harga ditawarkan RM215 sehelai bagi jersi home dan away manakala jersi ketiga pula dengan harga RM179.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodridgues berkata, pihaknya berbesar hati menaja sebuah pasukan yang memiliki falsafah yang cukup jelas dalam memacu kejayaan yang lebih besar.

“Nike gembira dapat menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang memiliki rekod terbaik dalam Malaysia,” katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TIGA aksi persahabatan menentang kelab Thailand bulan depan bakal menguji kemampuan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018, Februari depan.
  • SUKAN khususnya merujuk permainan bola sepak sebenarnya medan kepada mana-mana penyokong untuk mengeratkan perhubungan tanpa ada rasa keraguan, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.
  • PENGALAMAN pertama kali melangkah ke pentas akhir membuatkan dua bintang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu teruja untuk menggalas tanggungjawab sukar berkenaan menjelang pertemuan dengan PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam ini.
  • KELAB bola sepak di negara ini perlu mencontohi Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), yang menetapkan satu tanda aras tinggi dalam segala aspek bagi mencapai kejayaan dan tidak menilai berasaskan perasaan iri hati semata-mata, lapor NORSHIKIN MOHD SALLEH.