PERLAWANAN Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun ini, wajar diteruskan sepertimana arahan dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada awal bulan ini.

Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, skuad negara tidak perlu bimbang kerana keputusan AFC itu mengambil kira semua aspek terutama keselamatan pemain.

“Bagi saya, keputusan AFC itu perlu dipatuhi, dan kalau kita lihat kepada faktor politik sekali pun, hubungan antara Malaysia dan Korea Utara telah reda tanpa sebarang pertikaian serius.

“Justeru, saya rasa tiada apa yang perlu dibimbangkan dan pemain perlu menunjukkan komitmen terbaik semasa beraksi nanti,” katanya ketika ditemui di Kelab Diraja Ipoh di sini, semalam.

Sebelum ini pada 11 Mei lalu, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak bersetuju perlawanan membabitkan  Harimau Malaya dan Korea Utara di Pyongyang diteruskan sepertimana arahan AFC.

Keputusan itu berdasarkan kebimbangan baginda terhadap faktor keselamatan dan kemudahan pemain berikutan ada beberapa jurulatih asing pernah merungut tentang layanan buruk yang diterima mereka sepanjang berada di Korea Utara.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad Zainuddin berkata sekiranya skuad kebangsaan tidak meneruskan aksi di Pyongyang,​beliau bimbang FAM akan berdepan tindakan denda selain tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan dianjurkan AFC.

“Jadi saya fikir, kita perlu teruskan dan kalau kejadian tidak diingini berlaku, AFC perlu bertanggungjawab selaku pihak yang menganjurkan perlawanan itu,” katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIA akan menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan bagi Kumpulan B Piala Asia 2019 akan berlangsung di Thailand pada 10 dan 13 November.
  • KONFERDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akhirnya mengubah venue perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di gelanggang berkecuali selepas ia ditunda buat kali ketiga sebelum ini berikutan situasi semasa di Pyongyang yang tidak selamat.
  • SKUAD Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, esok, apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.
  • SELEPAS hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 dalam Kumpulan B, kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim mengharapkan keputusan positif mampu dijelmakan pada aksi menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, 10 Oktober ini.
  • PERTAHANAN skuad kebangsaan, Shahrom Kalam tetap percaya mereka mampu melakar kemenangan ke atas Hong Kong dalam aksi kelayakan Kumpulan B Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.