JURGEN Klopp memuji aksi Mohamed Salah ketika membantu Liverpool membenam cabaran Southampton.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Anfield, malam tadi, The Reds menang dengan jaringan 3-0.

Salah membuktikan kualitinya apabila meledak dua gol pada minit ke-31 dan ke-41 sebelum Philippe Coutinho melengkapkan kemenangan pada minit ke-68.

Ini adalah gol kesembilan Salah dalam saingan liga sekali gus menjadikannya penjaring terbanyak setakat ini.

"Ini adalah satu perlawanan yang agak sukar buat kami dan perlawanan terbuka kepada kedua-dua pasukan.

"Gol pertama itu saya tak mahu campur tangan, tapi umpan untuk gol kedua sangat menarik. Kekuatan Salah adalah berjaya bergerak tanpa terperangkap offside,” kata Klopp.

Tambahnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana itu boleh terjadi kerana gerakan-gerakan yang dibuat itu menarik.

“Pemain terus berusaha untuk gol ketiga dan saya yakin kami sepatutnya boleh mendapatkan lebih daripada tiga gol. Ini adalah hari yang sempurna untuk kami,” katanya.

Liverpool kini berada di kedudukan kelima liga selepas 12 perlawanan dengan mengumpul 22 mata.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :