BEKAS pertahanan Manchester United, Gary Neville berkata, Arsenal bukan pencabar tulen Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Katanya, meskipun The Gunners membawa masuk Alexandre Lacazette, namun ia belum mampu memacu kejayaan skuad itu.

Awal pagi semalam, Lacazette membuktikan pembelian mahalnya dari Lyon berbaloi apabila meledak gol pertama Arsenal seawal minit kedua ketika melayan kunjungan Leceister City di Emirates.

Aksi sulung EPL itu dimenangi Arsenal dengan keputusan 4-3.

"Sukar untuk Arsenal memenangi liga musim ini dan mungkin juga mereka mengulangi pencapaian buruk tahun lalu.

"Dari pandangan mata kasar, mereka beraksi di bawah keupayaan sebenar. Itu bukan standard Arsenal," katanya.

Sementara itu, Wenger memuji sumbangan Lacazette dalam pertemuan tersebut.

Katanya, sentuhan Lacazette bakal lebih tajam sebaik sahaja dia mencapai keserasian penuh dengan rakan sepasukan yang lain.

“Lacazette sangat mudah. Dalam setiap perlawanan, dia semakin kuat sejak menyertai kami.

“Walaupun dia bermain di kiri, tapi sangat bagus. Dia sesuaikan diri perlahan-lahan dengan cara dengan bermain. Dia pemain berpasukan dan seorang yang bijak," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.