PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola kemungkinan akan menurunkan pemain simpanan bagi menghadapi Middlesbrough dalam saingan Piala FA, malam ini.

Menurutnya, ia disebabkan jadual padat yang dihadapi pasukannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Namun,kata Guardiola, dia tetap memberikan perhatian penuh untuk memastikan kemaraan City dalam Piala FA.

“Penggiliran pemain harus saya lakukan kerana kerana dua hari lepas kami telah ada perlawanan. Jadi, kebanyakan pemain kami kepenatan.

“Kami masih ada pemain yang mampu bermain seperti Fabian Delph. Jadi, kami perlu mengoptimumkan pemain yang ada,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Kedah diraikan pada Majlis Santapan Malam meraikan kejayaan muncul Juara Piala FA 2017 pada Sabtu lalu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, malam tadi.
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.