ADIDAS Tango League kini berada di Kuala Lumpur selepas menjelajah beberapa negara.

Kejohanan futsal itu bakal diadakan di Makespace, Quill City Mall pada Ahad ini.

"Sama seperti edisi yang berlangsung di Bangkok, Paris, London dan Berlin, liga ini bukan sahaja untuk mengeratkan masyarakat setempat, malahan ia juga memberi fokus dalam mewujudkan generasi baharu yang menggunakan media sosial untuk pengaruh jenama sama seperti medium lain.

"Melalui liga hebat anjuran Adidas ini, pemain bola sepak yang berumur antara 16 hingga 25 tahun berpeluang untuk menyerlahkan bakat mereka, memperagakan skil bola sepak, meningkatkan pengikut dalam media sosial dan sudah tentulah memenangi hadiah lumayan yang disediakan penganjur," kata Adidas Malaysia dalam kenyataan media semalam.

Difahamkan, juara bakal membawa pulang RM5,000 dan tempat kedua membawa pulang RM3,000.

Antara pasukan yang menghangatkan Tango League kali ini ialah Tot United A, Tot United B, Red Galacticos, One United, Hang FC, YSFC, Cyber FC dan Own Goal.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.