KELIBAT penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar diakui memberi masalah kepada Pulau Pinang apabila tewas 5-1 kepada pasukan pantai timur itu pada saingan Liga Super 2017 di Stadium Batu Kawan, malam tadi.

Empat gol dari pemain Lebanon itu termasuk Danial Ashraf menyaksikan peluang Harimau Kumbang untuk merebut slot saingan Piala Malaysia musim ini terlalu tipis.

Menurut Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, beliau terus melaungkan keyakinan walaupun mengakui ia terlalu sukar namun di dalam sukan bola sepak apa pun boleh terjadi.

"Pulau Pinang berusaha untuk bangkit namun Ghaddar cukup cemerlang dan menyinar di dalam membaca kelemahan benteng kami. Kekalahan ini juga berpunca dari kelalaian pemain kita sendiri.

“Ketiadaan Mafry Balang yang digantung perlawanan termasuk Reinoldo Lobo yang masih belum cergas sepenuhnya nyata memberi kelebihan kepada Kelantan," katanya.  

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TIADA kata dapat diluahkan Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail selepas pasukan kendaliannya tewas 3-0 kepada juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang lawan, malam tadi.
  • KELANTAN mengharapkan sekurang-kurangnya mampu mencuri satu mata apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
  • JURULATIH Kelantan, Zahasmi Ismail menerima penyingkiran pasukannya dalam kempen Piala Malaysia musim ini dengan hati terbuka selepas tewas 0-2 kepada Kedah pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Alor Setar, malam kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
  • ZAHASMI Ismail menegaskan dia tidak akan menyerah kalah sekalipun peluang Kelantan semakin tertutup rapat untuk mara ke suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.
  • PENGENDALI Kelantan, Zahasmi Ismail kecewa dengan sikap anak buahnya selepas mereka kecundang 0-2 kepada UiTM FC pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium UiTM, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.