PENERJUN negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri gagal melepasi saingan separuh akhir acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Guangzhou, China, semalam.

Pandelela, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, gagal mendapatkan tiket ke pusingan akhir selepas mencatat 338 mata untuk berada di tempat terakhir daripada lima penerjun di separuh akhir A di Swimming Natatorium, Pusat Sukan Olimpik.

Hanya tiga penerjun teratas daripada dua separuh akhir yang diadakan mara ke final, dan Pandelela dipisahkan dua mata untuk ke final, dengan peserta tempat ketiga, Yulia Timoshinina dari Rusia, mengumpulkan 340 mata menerusi lima terjunan.

Nur Dhabitah pula menduduki tempat keempat dalam separuh akhir B dengan mengumpulkan 302 mata, demikian menurut laman web Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org.

Pingat tunggal negara di kejohanan ini disumbangkan pasangan yang menghasilkan pingat perak di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Pandelela dan Cheong Jun Hoong, yang memperoleh gangsa dalam acara 10m platform seirama pada Khamis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASANGAN penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, awal hari ini.
  • PENERJUN elit negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee memenangi pingat gangsa acara 10 meter platform wanita seirama Siri Terjun Dunia di Beijing semalam.
  • GANDINGAN terjun negara Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee memulakan buruan tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro dengan menampilkan aksi memberangsangkan di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, hari ini.
  • RATU terjun, Pandelela Rinong Pamg melengkapkan pingat emas kelapan buat pasukan negara sekali gus mengulangi pencapaian menyapu bersih keseluruhan emas ditawarkan seperti di Sukan Sea Myanmar 2013.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.