MALAYSIA mahu membuka kempen acara futsal lelaki dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di laman sendiri dengan langkah kanan apabila bertemu Myanmar di Kompleks Sukan Panasonic di sini, esok.

Jurulatih negara, Chiew Chun Yong berkata kemenangan esok adalah penting kerana ia mampu menyuntik semangat dan moral pasukan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

“Kami tidak akan terburu-buru untuk membuat ramalan, sebalik akan memberi tumpuan kepada satu demi satu perlawanan dan kini tumpuan terarah kepada Myanmar. Adalah penting untuk memulakan kempen mencabar ini dengan kemenangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebagai rekod, Myanmar mengalahkan Malaysia 5-3 untuk muncul juara Kumpulan B dalam Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean AFF) di Bangkok, Januari lalu. - Bernama