Penaung Bersama BFA, Andre Subbash
Penaung Bersama BFA, Andre Subbash

HASRAT melihat anak muda tempatan mengembangkan bakat ke Brazil mungkin tercapai selepas Kejohanan Futsal 1Malaysia 'Road To Brazil' anjuran Brasil Futsal Academy (BFA) berlangsung jayanya di 89 Sports Arena, Jalan Sungai Jati, Klang semalam.

Selangor menjadi destinasi pertama program ini diikuti Sungai Siput, Perak (7 Julai) sebelum berakhir di Lukut, Negeri Sembilan (14 Julai). Menurut Penaung Bersama BFA, Andre Subbash, 90 pemain terbaik setiap lokasi dipilih jalani latihan komprehensif di bawah seliaan akademi.

"Hanya seorang pemain terbaik dalam kalangan mereka akan dibawa berlatih di Rio de Janeiro yang dikendalikan bekas jurulatih futsal negara, Silvio Machado," katanya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.