KETUA Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata laluan masuk ke venue perlawanan akhir Piala FA  akan diperketat selain memeriksa kesemua penyokong sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam stadium.

Untuk tujuan itu katanya, polis dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) akan membuka tiga lorong mengasingkan penonton kanak-kanak bersama wanita, penonton yang membawa beg serta penonton tanpa beg.

“Pemeriksaan akan dilakukan bagi memastikan tiada senjata berbahaya, suar atau bahan larangan dibawa memasuki stadium,” katanya semalam.

Bagi memastikan kelancaran lalu-lintas, katanya, bas penyokong dari Kedah ditetapkan di sekitar Persiaran Kerjaya ke kawasan perindustrian manakala penyokong Pahang ditempatkan di Jalan Akuatik dan bersebelahan AEON Mall.

“Pintu stadium akan dibuka seawal jam 4 petang,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Kedah diraikan pada Majlis Santapan Malam meraikan kejayaan muncul Juara Piala FA 2017 pada Sabtu lalu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, malam tadi.
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
  • PIALA FA sah menjadi milik Kedah setelah menumpaskan Pahang 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam tadi.
  • MUHD Nidzam Adzha Yusoff tidak menyangka dapat meraih kejuaraan Piala FA sebagai jurulatih bersama skuad Lang Merah setelah mengecapi kejayaan sama selaku pemain Perak pada 1990 dan Kedah pada 1996.
  • KEDAH muncul juara Piala FA 2017 selepas mengalahkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.