FELDA  United memandang serius keputusan Perkongsian Liabilti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) tidak membenarkan pasukan itu beraksi di Liga Super 2018 akibat ketiadaan lesen kelab.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Isa Abu Kasim menegaskan  pihak pengurusan kecewa tetapi akur keputusan itu tekad memberikan saingan terbaik dalam Liga Perdana 2018 bagi memastikan Felda United kembali ke saingan Liga Super 2019.

Dalam pada itu jelasnya, kegagalan mendapat lesen kelab ini tidak bererti pengurusan Felda United mempunyai sikap sambil lewa dan tidak menghormati mana-mana pihak yang terlibat.

Katanya, Felda United juga tidak pernah gagal mengaudit akaun serta sentiasa menjaga kebajikan pemain dan tidak pernah menghadapi masalah gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Felda United menyangkal dakwaan sesetengah pihak menuduh Felda United tidak melakukan pengauditan bagi kewangan kelab malah Felda United sebenarnya menyokong penuh perlaksanaan Perlesenan Kelab Liga Malaysia dalam usaha ke arah pengurusan bola sepak yang profesional,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI The Fighters, B Sathianathan menyifatkan desakan Ketua Pemuda Umno Bahagian Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad agar Felda United dibubarkan dari kancah Liga Malaysia tidak masuk akal dan beri pandangan hanya mengikut perasaan.