FELCRA FC mencatat keputusan positif pada perlawanan keempat Piala FAM, kelmarin walaupun tanpa beberapa tonggak utama yang menyertai skuad Bawah 22 (B22) negara.

Pada aksi di Stadium Arena, Universiti Malaya itu, The Rivals menjinakkan KSDBKL 1-0 hasil jaringan penyerang Mohd Syafiq Azmi pada minit ke-37.

Bagi pengendali Felcra FC, Yusri Che Lah kemenangan itu diharap menjadi tonik kepada pemainnya dalam mengharungi baki aksi Kumpulan A.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH SWT atas kemenangan ini. Pemain saya telah bermain dengan baik dan mereka telah membuktikan bahawa mereka boleh berdiri dengan kaki sendiri.

"Inilah mutu permainan yang saya cari di mana pemain saya berjaya mengekalkan disiplin sehingga ke akhir perlawanan. Kedua-dua pasukan bermain baik namun Alhamdulillah rezeki memihak kepada Felcra FC,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JURULATIH Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC sudah memulakan perang psikologi apabila menyifatkan kelebihan satu gol dimiliki Sime Darby pada perlawanan akhir pertama tidak memberi masalah besar kepada anak buahnya menjelang perlawanan akhir kedua Piala FAM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, esok.
  • PENYERANG Felcra FC, N Thanabalan dipilih Ikon Sukan Yakult oleh pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult (M) Sdn Bhd.
  • KEJAYAAN Felcra FC membenam Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL) 7-0 dalam aksi Piala FAM di Stadium Arena Universiti Malaya, Jumaat lalu membuktikan kelab itu masih berselera mencabar kejuaraan.
  • KEM FELCRA FC terus ceria apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Sabah KDMM FC 3-1 dalam aksi Piala FAM Kumpulan A di Stadium Arena UM, semalam.
  • BERAKSI di laman sendiri nyata tuah buat Felcra FC apabila berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) sejak awal musim ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.