"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin akan menggunakan khidmat pengadil luar negara untuk perlawanan besar dan penting," kata Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah ini berikutan badan induk bola sepak negara itu telah menerima beberapa laporan mengatakan pengadil menjalankan tugas dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya telah mengarahkan pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) untuk melihat semula perjanjian yang kami ada dengan Japan FA di mana untuk perlawanan-perlawanan besar dan penting kita akan menggunakan khidmat pengadil luar negara.

"Ia bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak untuk menuding jari. Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi tujuh piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini," katanya dalam entri terkini di laman Facebook, Football Association of Malaysia (official) hari ini.

Beberapa insiden membabitkan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah telah dilaporkan termasuk yang terkini membabitkan perlawanan Liga Super antara

Kelantan dan JDT semalam.

Keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 itu dianggap kontroversi selepas ia didakwa berat sebelah.

Jaringan itu sekali gus membolehkan JDT menyamakan kedudukan 2-2. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berhasrat menubuhkan liga bola sepak pantai dalam usaha memastikan sukan itu terus berkembang di negara ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan laporan dalam media sebelum ini yang menyatakan kesemua pemain Kuantan FA tidak dibayar gaji sejak setahun lalu.
  • MESKIPUN perlawanan bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) telah melabuhkan tirainya semalam, namun isu penjualan tiket aksi final melibatkan pasukan negara dan Thailand terus menjadi rungutan dalam kalangan penyokong tegar sukan berkenaan.
  • STADIUM Shah Alam dipilih sebagai venue bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara tuan rumah Malaysia dan Thailand pada Selasa (29 Ogos).
  • TIDAK berminat untuk berpura-pura menunjukkan muka di stadium bagi mendapatkan sokongan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.