DUA pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew bersedia mempertimbangkan tawaran beraksi dengan pasukan lain musim depan.

Bagi Mohd Faiz pemenang anugerah Puskas Fifa 2016, fokusnya kini adalah membantu Harimau Kumbang mencatat kemenangan ke atas Selangor pada aksi Liga Super di laman sendiri, 28 Oktober ini.

“Saya tidak pasti lagi sama ada kekal atau tidak bersama Pulau Pinang kerana kontrak saya tamat bulan depan, namun fokus saya kini bantu pasukan mencatat keputusan positif berdepan Selangor,” katanya baru-baru ini.

Berkongsi pandangan sama, Muhammad Jafri juga sedia mempertimbangkan tawaran pasukan lain sekiranya ia dapat membantu mengembangkan kariernya.

“Kontrak saya dengan Pulau Pinang habis hujung tahun ini dan saya tak tahu lagi hala tuju.

“Jika ada pasukan berminat khidmat saya, saya mungkin pertimbangkan, namun saya akan dapatkan pandangan ahli keluarga saya terlebih dahulu,” jelas penyerang itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RAKYAT Malaysia khususnya peminat bola sepak tempatan seakan tidak sabar menanti detik bersejarah menyaksikan kelibat finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016, Mohd Faiz Subri berdiri di pentas anugerah bola sepak paling berprestij itu.
  • SUBRI Kader berharap rakyat Malaysia terus mendoakan supaya anaknya, Mohd Faiz mampu mengharumkan nama negara dengan meraih Anugerah Puskas Fifa untuk gol tercantik di dunia.
  • PERSALINAN lengkap baju Melayu berserta songket yang bakal dipakai Mohd Faiz Subri pada Anugerah Puskas 2016 di Zurich Isnin depan, sinonim dengan semangat jati diri yang ditonjolkan oleh pemain tengah Pulau Pinang itu.
  • PENJAGA gol, Nasril Nourdin mengakui tergamam ketika sepakan percuma yang dilakukan finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri menerjah jaringnya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.