EVERTON telah melengkapkan perpindahan Davy Klaassen dengan yuran bernilai 27 juta Euro (RM128 juta).

Pemain antarabangsa Belanda itu menandatangani kontrak selama lima tahun selepas lulus ujian kesihatan di Goodison Park.

Klaassen, 24, menjadi pemain kedua direkrut The Toffees musim panas ini selepas kelab tersebut membawa masuk penjaga gol, Jordan Pickford dari Sunderland.

Pickford menjadi penjaga gol ketiga termahal di dunia apabila bersetuju dengan kontrak lima tahun dianggarkan bernilai £30 juta (RM163 juta).

"Saya ada berbicara dengan Ronald Koeman mengenai Everton beberapa minggu lalu. Dia memberikan info dan persepsi baik mengenai kelab ini.

"Ketika itulah timbul minat untuk datang ke Goodison Park dan setelah berada di sini saya amat gembira, kerana apa yang digambarkan Koeman benar belaka.

"Memang sukar untuk tinggalkan Ajax, tapi saya mahu mencari cabaran baharu. Everton adalah pilihan tepat buat saya," kata Klaassen.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.