EVERTON sedang mengintai slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan ekoran prestasi cemerlang pasukan itu ketika ini.

Pengendalinya, Ronald Koeman percaya pasukannya mampu mengakhiri musim ini di kedudukan empat terbaik selepas cemerlang menundukkan West Brom 3-0, kelmarin.

“Prestasi pemain saya ketika ini sangat cemerlang dan saya tidak tolak kemungkinan kami akan berjaya berada di Liga Juara musim hadapan.

“Kami mempunyai penyerang yang bagus iaitu Lukaku, selain Barkley yang turut berada di prestasi terbaik.

“Dan dengan kesemua pemain sedang bersemangat, saya yakin misi untuk bermain di Liga Juara-Juara atau Liga Europa akan menjadi kenyataan,” katanya.

Everton ketika ini berada di kedudukan ketujuh dengan 47 mata, kurang dua mata daripada Manchester United di kedudukan keenam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMILIK saham terbesar Everton, Farhad Moshiri menyuarakan sokongannya kepada Ronald Koeman walaupun pengendali kelahiran Belanda itu terus gagal membawa kelab itu ke landasan kemenangan.
  • SUDAH menjadi kebiasaan apabila kalah seseorang jurulatih akan menyalahkan pemain dek persembahan hambar, namun berbeza dengan Pengendali Everton, Ronald Koeman yang menyalahkan diri sendiri selepas pasukannya tumpas kepada Atalanta 0-3 dalam aksi Kumpulan H di lama lawan, awal pagi semalam.
  • PEMAIN tengah Everton, Ross Barkley menafikan dakwaan dia menjalani pemeriksaan perubatan pada hari terakhir jendela perpindahan pemain yang ditutup 31 Ogos lalu.
  • "LUAR biasa...ia sesuatu yang hebat." Itu reaksi Wayne Rooney selepas meledak gol pertama sekembalinya bersama Everton.
  • EVERTON telah melengkapkan perpindahan Davy Klaassen dengan yuran bernilai 27 juta Euro (RM128 juta).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.