GARETH Southgate berkata banyak kelemahan perlu diperbaiki pemain England selepas tewas 2-3  kepada Perancis, awal pagi semalam.

Pengendali berusia 46 tahun itu berkata, pemainnya beraksi baik, namun masih bergelut mengatasi kepantasan pemain lawan.

"Dalam 90 minit, kami mencipta banyak peluang menekan tuan rumah.

"Namun itu tidak cukup, sebab dalam perlawanan ini pemain ada masalah untuk mengatasi kepantasan dan kekuatan lawan.

"Dua perkara inilah yang menjadi kekuatan Perancis yang mana mereka telah memberikan masalah besar kepada kami sewaktu serangan balas, terutama bila pemain tidak bersedia.

"Jadi, kelemahan inilah yang akan menjadi kerja rumah untuk saya dan pemain-pemain bagi menghadapi perlawanan akan datang," katanya kepada Sky Sports.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :