PERSEMBAHAN kurang bermaya dan kesilapan ketara dipamerkan dalam corak permainan harus dielakkan apabila skuad bawah 23 (B23) tahun negara turun menentang Jordan dalam saingan Kumpulan C Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B23 di Changshu, China, hari ini.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, jika aksi tersebut terus diulangi, kemungkinan untuk skuad negara dibolosi dengan jumlah jaringan besar agak tinggi apatah lagi Jordan dinilai lebih kuat berbanding Iraq.

"Dalam perlawanan menentang Iraq, pemain kita tidak boleh untuk keluar dari kawasan sendiri, melakukan banyak kesilapan hantaran dan terlalu cepat hilang bola.

"Saya harapkan pasukan negara mampu bangkit dengan persembahan lebih baik dan mampu untuk cuba menyaingi lawan yang lebih kuat," katanya.

Menurutnya, untuk menang mungkin agak mustahil tetapi kalah dengan semangat melawan dan permainan yang cantik sekurang-kurangnya boleh diterima oleh peminat bola sepak negara.

"Tengok pasukan Thailand, walaupun kalah kepada Korea Utara, mereka tetap mampu bermain dengan cantik dan mencipta peluang. Itu seharusnya dilakukan skuad negara.

"Jangan cepat gelabah dan cuba tenang dalam setiap gerakan. Malah, jika pemain sentiasa fokus, kesilapan beri gol mudah kepada lawan tidak akan terjadi," katanya.

Jelasnya, pengendali skuad B23 negara, Datuk Ong Kim Swee perlu mengharapkan pemainnya berani menggunakan kemahiran individu dan mengawal permainan selain cuba masuk ke kawasan bahaya lawan.

Katanya, taktikal yang diletakkan Kim Swee pada pertemuan dengan Iraq tempoh hari juga tiada silapnya.

"Bagi saya taktikal yang telah dimainkan Kim Swee ok. Tengok semasa gol kedua Iraq, tiga pemain Iraq dalam kawasan Malaysia dan ada empat pertahanan yang mengawal pemain itu. Tetapi kenapa tetap boleh gol? Maknanya, pemain kena fokus dan jangan hilang punca selama 90 minit.

"Saya yakin jika ini boleh dilakukan, skuad negara boleh curi mata menentang Jordan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEKAS penyerang kebangsaan dan Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli melihat jurang persembahan antara skuad negara dan juga gergasi Asia lain semakin mengecil selepas persembahan cemerlang pasukan bawah 23 tahun negara (B-23) dalam Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018, baru-baru ini.
  • JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berjuang bermati-matian pada Piala AFC 2018 kerana saingan musim depan mungkin aksi terakhir pasukan berkenaan dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
  • WALAUPUN kempunan tidak dapat beraksi pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, semangat pemain Kedah tidak luntur dan yakin masih ada sinar buat mereka pada masa akan datang.
  • BEKAS pemain kebangsaan, Bakri Ibni mengingatkan skuad muda negara agar tidak mudah leka dengan kejayaan mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia, tahun hadapan.