KETUA jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menyifatkan, undian berdepan Pahang pada aksi suku akhir Piala Malaysia pastinya bakal menjanjikan saingan sukar buat kesebelasan Perak, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Menurutnya, skuad Tok Gajah itu memiliki kesebelasan pemain yang mantap bermula dengan pemain tempatan sehingga pemain import.

Justeru katanya, perlawanan berkenaan pastinya menguji kewibawaan keseluruhan pemain skuad The Bos Gaurus itu.

“Perlawanan menentang Pahang ini pastinya bukan mudah. Pahang adalah pasukan yang baik, pemain tempatan yang baik dan pemain import yang baik.

“Secara keseluruhannya, pemain kita perlu segera sembuh daripada sebarang kecederaan agar kita dapat menyediakan kesebelasan terbaik berdepan mereka (Pahang) kelak,” katanya.

Pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A Sabtu lalu, skuad Kejor Yeop Skor itu menewaskan Felda United 2-1.

Sementara itu, Durakovic gembira dengan prestasi kesebelasan Perak  yang mempamerkan aksi mantap pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Katanya, rekod lima kemenangan, seri sekali dan tidak tewas enam perlawanan ternyata satu pencapaian yang sangat membanggakan buat skuad Bos Gaurus.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERAK gagal merealisasikan misi kemenangan apabila tewas 2-3 kepada Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bahru, malam tadi.
  • PENGENDALI Perak, Mehmet Durakovic melihat pembangunan bola sepak membabitkan pemain berusia seawal 12 tahun di negara ini cukup menyedihkan, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
  • PERAK mencipta kejutan menewaskan juara bertahan Terengganu 3-2 dalam perlawanan akhir TNB Piala Tun Abdul Razak 2017 edisi ke-55 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, kelmarin.
  • PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) berbangga dengan semangat juang ditonjolkan pemain importnya, Thiago Junior Aquino yang sanggup mengetepikan kecederaan di bahagian hidung bagi meneruskan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 menentang Johor Darul Ta’azim (JDT) di sini, semalam.
  • "KITA manusia biasa dan buat silap." Itu reaksi ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic bagi mengulas keputusan 1-1 ketika berdepan JDT pada aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak, semalam.