BEKAS pemain AC Milan, Enrico Albertosi menyifatkan tindakan penjaga gol kelab itu, Gianluigi Donnarumma menolak kontrak baharu sebagai seorang pengkhianat.

Menurutnya, Donnarumma tidak tahu membalas budi kelab yang telah menaikkan kariernya.

“Sangat tidak patut apabila pemain berusia 18 tahun menolak kontrak bersama kelab besar seperti Milan.

“Dia mungkin gagal menjadi penjaga gol utama di kelab lain kerana dia masih muda.

“Peluang bermain dalam kesebelasan utama di Milan sepatutnya dihormati,” katanya.

Kontrak Donnarumma dengan Milan akan berakhir  tahun hadapan dan I Rossoneri terpaksa melepaskan pemain tersebut pada musim panas nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :