JURULATIH skuad Serrano B bawah 11 tahun yang berpangkalan di Sepanyol dipecat kerana menang besar 25-0 ke atas Benicalap C dalam satu saingan liga negara itu, baru-baru ini.

Ia melangkaui logik dan kebiasaan apabila seseorang jurulatih itu biasanya dipecat kerana gagal mencapai kemenangan.

Pengurus pasukan itu, Pablo Alceide berkata, kemenangan besar tersebut seolah-olah tidak menunjukkan tanda hormat kepada pasukan lawan.

“Kejohanan ini adalah untuk kanak-kanak berumur bawah 11 tahun, jadi untuk menjaringkan banyak gol adalah sesuatu yang tidak patut sehingga mungkin menimbulkan rasa sedih pada pemain lawan.

“Jaringan itu sepatutnya dikawal dan jurulatih tidak boleh terlalu kejam dengan menggandakan asakan di saat sudah berada 15-0 di hadapan,” katanya.

Kelab itu turut memohon maaf kepada Benicalap C dan berjanji ia tidak akan berulang lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.