$entry.content.caption.value
SAMA ada diturunkan sebagai perseorangan ketiga atau tidak, pemain perseorangan badminton negara, Daren Liew yakin dia mampu menambah satu mata pada aksi kelayakan Piala Thomas 14 Februari ini di Macau.
Bagaimanapun, bagi pemain pelapis kebangsaan ini, dia masih perlu berhati-hati terutama lawan dari Korea.
“Berkemungkinan Korea tidak akan menurunkan pemain terbaik mereka bagi menentang perseorangan ketiga. Bagaimanapun, saingan dari pasukan Korea amat sukar berbanding Hong Kong.
“Korea mungkin menurunkan Shon Wan Ho. Dari segi permainan saya rasa tiada masalah tetapi perlawanan pasti sengit dan seimbang,” katanya.
Sementara itu, menurut Daren, pembatalan latihan fasa kedua di Kota Kinabalu penting agar tidak mengganggu sesi latihan menjelang persiapan ke Piala Thomas.
“Kita tidak tahu bagaimana kemudahan di sana. Jadi perkara-perkara begini yang mungkin akan mengganggu latihan dan persiapan. Bagi latihan di sini lebih baik dengan kemudahan yang lengkap,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.






