PENJAGA gol Chelsea, Thibaut Courtois dilaporkan telah menolak kontrak baharu bersama The Blues.

Ia ekoran gaji yang terlalu rendah ditawarkan kepadanya sekitar £100,000 (RM548,000) seminggu berbanding dengan £200,000 (RM1.1 juta) yang diminta.

Tindakan Courtois itu sekali gus membuka peluang kepada Real Madrid yang sebelum ini memang mengejar khidmat pemain kelahiran Belgium itu.

“Proses perbincangan antara Courtois dengan Chelsea masih berjalan dan kata putus akan dicapai dalam masa terdekat.

“Real juga masih gagal mencari penjaga gol utama pasukan selepas pemburuan untuk mendapatkan David de Gea menemui jalan buntu. Situasi Courtois ketika ini menjadi kelebihan buat Madrid,” katanya memetik laporan sebuah portal berita antarabangsa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte menegaskan Thibaut Courtois tidak akan dipinjamkan atau dijual pada jendela perpindahan pemain yang kembali dibuka bulan ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.