ANTONIO Conte memuji barisan pemain Manchester United dan menyifatkan skuad kendalian Jose Mourinho itu lebih baik berbanding pasukannya.

Pengurus Chelsea itu berkata, meskipun The Blues kini menerajui carta Liga Perdana Inggeris (EPL), ia bukanlah modal buat mereka berasa selesa menjelang pertembungan suku akhir Piala FA berdepan The Red Devils.

Malah, Conte yang membimbing Chelsea membelasah United 4-0, Oktober tahun lalu dengan merendah diri berkata, sukar untuk mereka mengulangi kemenangan besar tersebut kerana kali ini anak-anak buah Mourinho tampil lebih garang dan berani.

"Tidak dinafikan, United mempunyai barisan pemain terbaik dalam liga. Mereka ada ramai pemain hebat dan berpengaruh, jadi potensi untuk mereka menang perlawanan ini lebih cerah.

"Apa pun, kami akan cuba berikan aksi terbaik bagi menyaingi United. Harap kami beroleh kemenangan di hadapan penyokong sendiri," katanya.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.