PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan pasukannya tidak mempunyai penjaga gol yang berkualiti untuk diletakkan sebagai pilihan utama.

Menurutnya, untuk setiap perlawanan, dia akan memilih penjaga gol yang berada pada tahap terbaik bagi menjaga gawang City.

"Kami ada Claudio Bravo dan Wiily Caballero. Tetapi kedua-dua mereka gagal tunjukkan persembahan baik.

"Untuk perlawanan menentang Southampton, saya akan pilih antara mereka berdua. Jadi mereka perlu tunjukkan persembahan baik dalam latihan," katanya.

Bravo yang dibeli Guardiola dari Barcelona pada musim perpindahan lalu gagal menunjukkan prestasi baik sehingga memaksa penjaga gol simpanan, Caballero diangkat sebagai penjaga gol utama.

Namun, Caballero juga gagal memastikan gawang City tidak bocor, selain membuat kesilapan besar ketika tewas kepada Chelsea 1-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris lalu.

Justeru, Guardiola seolah- olah kecewa sekali gus tidak mahu melabel siapa yang layak menjadi penjaga gol utama pasukan itu.

Guardiola turut menolak kemungkinan untuk mengambil semula Joe Hart sebagai penjaga gol mereka.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HANYA 10 kemenangan sahaja lagi bagi memastikan Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris.
  • MANCHESTER United, Chelsea, Liverpool dan Tottenham Hotspur amat mengharapkan keajaiban sekiranya mahu mengejar Manchester City dalam usaha meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
  • PASUKAN pilihan Manchester City nyaris tersingkir dalam saingan Piala Liga apabila terpaksa mengharungi penentuan penalti 4-3 ketika menentang Leicester City di peringkat suku akhir awal pagi tadi.
  • "USAH pandang rendah terhadap United (Manchester) kerana mereka akan melakukan apa sahaja untuk menyaingi kami," kata bintang Manchester City, Raheem Sterling.
  • SERGIO Aguero pemain paling gembira sekiranya rakan sepasukannya di Argentina, Lionel Messi dapat bergabung dengan Manchester City.