BINTANG Manchester City, Kevin De Bruyne yakin pasukannya akan tampil dengan aksi terbaik berdepan pasukan besar di Liga Perdana Inggeris.

Musim lalu, Manchester City beraksi buruk saat berdepan rival mereka.

Berdasarkan rekod, The Citizens hanya mencatatkan 11 mata ketika berdepan pasukan besar iaitu Chelsea, Manchester United, Tottenham Hotspur, Arsenal, Liverpool, dan Everton.

Namun, dalam perlawanan minggu ini, City ternyata angkuh selepas membenam Liverpool 5-0, sekali gus membuktikan mereka adalah antara calon untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

“Antara yang kami tidak lakukan adalah memenangi perlawanan besar.

“Saya rasakan kami layak untuk memenangi beberapa perlawanan terutama di gelanggang sendiri kerana itulah yang membezakannya.

"Di situ kami boleh mencuri mata untuk liga manakala lawan pula kehilangan mata,” kata pemain kebangsaan Belgium itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.