DATUK Lee Chong Wei telah membuatkan semua rakyat Malaysia berbangga dengannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.    

"Datuk Lee Chong Wei kamu buat semua rakyat Malaysia berbangga dengan kamu! Persembahan kemahiran hebat n semangat berjuang," kata perdana menteri dalam akaun Twitter beliau.

Beliau mengulas kejayaan Chong Wei yang memenangi buat kali keempat kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan All England dengan mengalahkan pemain China, Shi Yuqi dalam perlawanan akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, England malam tadi.

Chong Wei yang memenangi pingat perak di Olimpik Rio menang 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit.

Sementara itu Najib berkata pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tidak perlu merasa kecewa setelah gagal melepasi halangan akhir apabila kalah 21-18, 19-21, 16-21 kepada pasangan China, Lu Kai/Huang Yaqiong.

"Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tidak perlu kecewa dengan pingat perak, permainan baik tadi. Kita akan terus beri sokongan! #AllEngland," tambah beliau.

Peng Soon/Liu Ying menang set pertama 21-18 dan sedang mendahului di set kedua 17-16, namun terganggu dengan keputusan pengadil sehingga menjejaskan rentak permainan mereka dan hilang konsentrasi. - Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JAGUH perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei, belum bersedia untuk bersara biarpun memaklumkan bahawa Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, minggu lepas, adalah kejohanan terakhir bagi dirinya sebelum menggantung raketnya.
  • "BERI dia (Datuk Lee Chong Wei) ruang untuk bertenang dan tolong jangan buat spekulasi apa-apa mengenai isu persaraannya ketika ini."
  • JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei perlu menerima dengan terbuka keputusan undian Kejohanan Dunia 2017 yang akan berlangsung di Glasgow, Scotland, pada 21 hingga 27 Ogos ini.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak peduli siapa juga lawan yang akan ditentangnya dalam misi utama mencari Kejuaraan Dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland yang bermula 21 Ogos ini.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghadapi tugas getir dalam usaha untuk merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Dunia 2017 yang berlangsung di Emirates Arena di Glasgow, Scotland dari 21 hingga 27 Ogos.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.