PEMAIN perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei gagal ke peringkat suku akhir apabila dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain India H. S. Prannoy di pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta, hari ini.

Dalam aksi perlawanan selama 40 minit itu, Chong Wei yang kini berada di ranking ketiga dunia, tunduk kepada Prannoy yang berada di ranking ke-25, 10-21 dan 18-21.

Kekalahan itu sekali gus menggagalkan misi pemain berusia 34 tahun untuk memburu gelaran ketujuh Terbuka Indonesia.

Chong Wei pernah muncul juara Terbuka Indonesia sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.

Rekod pencapaian Chong Wei itu  menyamai rekod pemain lagenda badminton Indonesia Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.

Selain itu, Chong Wei juga merupakan pemain pertama bukan dari Indonesia yang memegang rekod kejuaraan Terbuka Indonesia terbanyak. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JAGUH perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei, belum bersedia untuk bersara biarpun memaklumkan bahawa Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, minggu lepas, adalah kejohanan terakhir bagi dirinya sebelum menggantung raketnya.
  • "BERI dia (Datuk Lee Chong Wei) ruang untuk bertenang dan tolong jangan buat spekulasi apa-apa mengenai isu persaraannya ketika ini."
  • JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei perlu menerima dengan terbuka keputusan undian Kejohanan Dunia 2017 yang akan berlangsung di Glasgow, Scotland, pada 21 hingga 27 Ogos ini.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak peduli siapa juga lawan yang akan ditentangnya dalam misi utama mencari Kejuaraan Dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland yang bermula 21 Ogos ini.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghadapi tugas getir dalam usaha untuk merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Dunia 2017 yang berlangsung di Emirates Arena di Glasgow, Scotland dari 21 hingga 27 Ogos.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.