PEMAIN tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum meminta rakan-rakannya supaya menganggap Burnley seperti Arsenal dalam pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, esok.

Menurutnya, pemain tidak boleh memandang mudah Burnley selain menganggap kelab itu juga sama kuat seperti Arsenal.

“Kami harus membawa semangat yang sama seperti ketika menghadapi pasukan besar. Saya rasakan kami harus menumpukan sepenuhnya saat melawan pasukan kecil sama seperti pasukan hebat.

“Sudah semestinya tiada jaminan kami akan boleh menang ke atas pasukan lemah. Tetapi kami mempunyai peluang cerah untuk dapat kemenangan jika prestasi kami konsisten,” katanya.

Ketika ini, Liverpool berada di kedudukan keempat dengan 52 mata, berbeza satu mata daripada Manchester City yang berada di kedudukan ketiga.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TERENGGANU memantapkan cabaran pasukan pantai timur di pusingan kedua saingan Liga Perdana apabila merekrut penyerang kelahiran Ivory Coast, Kipre Tchetche, lapor ZUBIR SULAIMAN.
  • PERLIS tetap memberi tumpuan penuh pada aksi Liga Perdana ke-12 menentang Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Syed Putra esok biarpun berdepan dengan masalah kecederaan dan terbaru dipotong enam mata oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.