PEP Guardiola enggan menyalahkan barisan pertahanan Manchester City ketika tumpas kepada AS Monaco pada aksi Liga Juara-Juara di Stade Louis II, awal pagi semalam.

Menurut Guardiola, terdapat faktor lain menyumbang kepada kekalahan City.

Pada pertemuan itu, City tewas 1-3 dan gagal layak ke peringkat suku akhir.

Dalam aksi pertama di Etihad bulan lalu, City menang 5-3.

"Setiap kali City kalah, penjaga gol atau pertahanan yang kerap dipersalahkan namun kali ini tidak.

"Kali ini lawan lebih agresif, pemain saya pula beraksi di bawah keupayaan sebenar.

"Kalau kami diberi tempoh 45 minit lagi, mungkin kami tidak akan tersingkir," kata Guardiola.

Kylian Mbappe Lottin meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit kelapan, sebelum Fabinho menggandakan jaringan buat Monaco 21 minit kemudian.

Leroy Sane merapatkan kedudukan buat City m-71 namun Tiemoue Bakayoko mengesahkan laluan suku akhir buat Monaco dengan gol ketiga m-77.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MANCHESTER United, Chelsea, Liverpool dan Tottenham Hotspur amat mengharapkan keajaiban sekiranya mahu mengejar Manchester City dalam usaha meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
  • PASUKAN pilihan Manchester City nyaris tersingkir dalam saingan Piala Liga apabila terpaksa mengharungi penentuan penalti 4-3 ketika menentang Leicester City di peringkat suku akhir awal pagi tadi.
  • "USAH pandang rendah terhadap United (Manchester) kerana mereka akan melakukan apa sahaja untuk menyaingi kami," kata bintang Manchester City, Raheem Sterling.
  • SERGIO Aguero pemain paling gembira sekiranya rakan sepasukannya di Argentina, Lionel Messi dapat bergabung dengan Manchester City.
  • PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero dilaporkan sudah kembali berlatih selepas pulih dari kecederaan retak tulang rusuk baru-baru ini.