LIVERPOOL sekadar melakar keputusan seri 1-1 pada aksi pra musim menentang kelab Bahagian Satu,  Wigan Athletic di Stadium DW awal pagi semalam.

Pengurusnya, Jurgen Klopp mengakui pemainnya sepatutnya boleh menjaringkan banyak gol dalam perlawanan itu.

Namun, beliau tidak menganggap keputusan itu satu kegagalan sebaliknya menegaskan perlawanan ini hanya untuk meningkatkan kecergasan pemainnya.

"Ya, sepatutnya kami boleh jaring banyak gol terutama di separuh masa pertama, tetapi jelas Wigan juga bagus.

"Prestasi pemain tidaklah sebaik yang diharapkan, tetapi  apa yang penting ialah semua pemain dapat beraksi dalam perlawanan ini dan bebas daripada kecederaan. Jadi ini adalah sesuatu yang baik untuk pasukan," katanya.

Sebelum ini, Liverpool menang 4-0 dalam perlawanan pra musim pertama menentang Tranmere Rovers.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • "TIGA mata lebih penting bukan gaya permainan", kata Jurgen Klopp selepas menyaksikan anak buahnya merakam kemenangan penting ke atas Leicester City 3-2 di Stadium King Power, kelmarin.
  • PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan bersedia untuk merekrut tonggak Lazio, Stefan de Vrij pada jendela perpindahan pemain Januari ini.
  • PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mempertikaikan tindakan Philipe Coutinho yang mahu meninggalkan Liverpool dan menyertai Barcelona.
  • PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengulangi amarannya meminta Barcelona menjauhi Phillipe Coutinho.
  • SELEPAS berjaya mendapatkan beberapa pemain berkualiti selain perlawanan pra musim yang dilihat sempurna setakat ini buat Liverpool, pengendalinya, Jurgen Klopp mula memasang impian tinggi untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.