KETUA jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee meminta pemain negara membuka lembaran baharu dengan melakar kemenangan ke atas Filipina  pada aksi persahabatan antarabangsa Kelas A di Stadium Memorial Rizal, esok.

Kim Swee menegaskan, pemain perlu membuktikan bahawa mereka mampu bangkit selepas aksi mengecewakan sepanjang tahun lalu.

"Ini aksi pertama kita untuk 2017. Jadi saya amat mengharapkan permulaan yang baik walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.

"Apa pun, kita harus mencari kemenangan untuk memperbaiki ranking," katanya di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Sementara itu, penyerang veteran Amri Yahyah berkeyakinan tinggi beliau dan rakan sepasukan mampu menggalas tugasan esok.

Namun, Amri juga percaya pertemuan dengan tuan rumah tidak mudah memandang mereka mempunyai ranking lebih baik berbanding Malaysia.

“Dengan taktikal baru yang diterapkan pengendali pasukan, saya melihat pemain lebih serasi.

"Saya berharap kami akan menterjemahkannya dengan kemenangan dalam perlawanan ini,” katanya.

Aksi di Manila adalah sebagai persiapan perlawanan sulung Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 8 Jun depan.

Malaysia kini berada di ranking ke-161 dunia manakala Filipina di kedudukan ke-124.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI skuad bawah-22 negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee tidak mahu pemain terlalu dibuai mimpi indah selepas layak ke pusingan akhir Piala AFC B-23 2018 di China, Januari depan.
  • KETUA jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sudah mendapat gambaran awal apa strategi yang akan digunakan pada perlawanan getir dengan Indonesia dalam aksi pembukaan Kumpulan H Kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) di Bangkok, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.