CHELSEA memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan penuh bergaya apabila membelasah Qarabag 6-0 di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Walaupun tanpa David Luiz, Antonio Rudiger dan Alvaro Morata yang direhatkan, namun ia tidak melemahkan skuad bimbingan Antonio Conte sebaliknya mereka mempamerkan persembahan cemerlang dengan melakar kemenangan yang memuaskan.

Pedro membuka jaringan seawal minit kelima sebelum Davide Zappacosta meledak gol sulung untuk Chelsea selang 25 minit kemudian.

Amukan The Blues berterusan di babak kedua dengan tambahan empat gol menerusi Cesar Azpilicueta, Tiemoue Bakayoko, Mitchy Batshuayi dan jaringan sendiri Maksim Medvedev.

“Ia satu keputusan yang positif, lebih-lebih lagi dengan pertukaran yang telah dilakukan bagi menghadapi perlawanan ini.

“Saya berasakan kami perlu memberikan peluang, terutama sekali kepada pemain seperti Christensen. Dia seorang pemain muda daripada akademi kelab.

“Saya memiliki 17 pemain senior dan setiap seorang boleh mendapatkan peluang untuk beraksi," katanya.

Sementara itu, Cesc Fabregas gembira penantian Chelsea untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara berakhir dengan kemenangan cemerlang,

“Kami telah menunggu lama untuk kembali beraksi dalam UCL. Akhirnya masanya sudah tiba, kami mempamerkan aksi cemerlang dan keputusan yang memberangsangkan.

“Jaringan-jaringan ini akan membantu kami pada penghujung saingan peringkat Kumpulan C. Kami perlu terus mengekalkan momentum ini," jelasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DIEGO Costa menegaskan dia tidak menyimpan dendam terhadap Antonio Conte mahupun Chelsea.
  • CHELSEA mempertaruhkan maruah mereka apabila membariskan pemain muda untuk menggalas cabaran ketika turun menentang kelab Liga Kejuaraan, Nottingham Forest di Stamford Bridge saingan Pusingan Ketiga Piala Liga Inggeris, awal pagi esok.
  • TIGA gol daripada Robert Lewandowski, Thiago Alcantara dan Joshua Kimmich memastikan kemenangan selesa buat Bayern Munich ketika melayan kunjungan Anderlecht pada aksi Liga Juara-Juara di Allianz Arena, awal pagi semalam.
  • LIONEL Messi menjadi inspirasi Barcelona untuk membalas dendam ke atas Juventus dalam kempen Liga Juara-Juara apabila meraih kemenangan bergaya 3-0 di Nou Camp, awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.