KEJOHANAN Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa-KL Redtone nyata mampu melahirkan ramai pelapis skuasy berbakat besar.

Pada edisi ke-11 baru-baru ini, nama K Sehveetrraa menjadi antara nama yang mencuri tumpuan.

Apa tidaknya, pemain berusia 13 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah itu muncul juara kategori bawah 13 tahun, sekali gus muncul pemain remaja pertama menjuarai kejohanan itu dalam lima edisi berturut-turut.

Sehveetrraa yang ditemui selepas perlawanan akhir itu nyata gembira dengan prestasi ditunjukkannya.

Beliau bagaimanapun enggan menjadikan kemenangan lima edisi berturut-turut ini sebagai tiket untuknya berasa selesa.

K Sehveetrraa

Sebaliknya, beliau akan terus berusaha keras untuk menjadi antara pemain skuasy terbaik Malaysia.

"Saya berazam menjuarai Terbuka Remaja Britain, Januari nanti.

"Walaupun ini kali pertama saya beraksi di kejohanan ini, tapi saya yakin dapat membuktikan sesuatu untuk negara dalam kejohanan itu," katanya yang akan beraksi dalam kategori bawah 13 tahun.

Sementara itu, seorang lagi pemain remaja negara, Muhammad Harris Ramlee turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada kejohanan Terbuka Remaja Antarabangsa-KL tempoh hari.

Walaupun diletakkan sebagai pilihan ke-3/4, namun beliau berjaya memberi saingan sehingga muncul juara kategori lelaki bawah 17 tahun.

"Ini kali pertama saya menjuarai kejohanan ini selepas beraksi dalam lima edisi. Alhamdulillah berkat kerja keras dan galakan jurulatih serta bapa, saya dapat mencapai kejayaan tahun ini.

"Sasaran saya berikutnya ialah menjuarai Terbuka Remaja Scotland pada penghujung tahun ini dan seterusnya beraksi cemerlang di Terbuka Remaja Britain," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUAT julung kalinya, Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk merangkul empat kejuaraan dalam kejohanan skuasy Terbuka Remaja Britain (BJO), di Birmingham, setelah empat pemain remaja negara membuktikan kehandalan mereka untuk mara ke final.
  • S SIVASANGARI, Aifa Azman, Amir Amirul dan Sehveetraa Kumar akan menjadi prospek utama negara bagi membawa pulang kejuaraan dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja British, 3 hingga 7 Januari ini.
  • PEMAIN top Negeri Sembilan, Kiroshanna Manoharan akan membuat perhitungan terakhir dengan pemain Jepun, Ayumi Watanabe pada pentas final Kejuaraan Skuasy Antarabangsa Terbuka Junior Kuala Lumpur REDtone ke-11 esok.
  • MALAYSIA mempamerkan prestasi hambar pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia 2017 di Marseille, Perancis pada Sabtu dengan kalah 1-2 kepada Amerika Syarikat pada perlawanan klasifikasi 9-12.