LEGENDA Liverpool, Jamie Carragher membidas kerapuhan benteng Liverpool yang disifatkannya lemah dan mudah diperdaya lawan selepas dibelasah 5-0 Manchester City di Stadium Etihad.

Menurutnya, pengendali Jurgen Klopp perlu mencari kombinasi sesuai di pertahanan tengah selain merombak semula barisan pertahanan.

Malah kata Carragher, tindakan Klopp yang tidak menurunkan Dejan Lovren sebaliknya menggantikannya dengan Ragnar Klavan mengundang bencana kepada The Reds.

“Saya tahu Lovren tidak cergas sepenuhnya untuk bermain, tapi sebagai pemain pertahanan tengah, dia perlu bersedia untuk bermain 40 hingga 50 perlawanan setiap musim.

“Saya tidak mahu menyalahkan Klavan tetapi dia (Klavan) masih belum mampu bermain perlawanan besar sebegini,” katanya.

Justeru katanya, kekalahan besar kepada The Citizens harus menjadi pengajaran dan jalan penyelesaian segera kepada masalah tersebut.

“Bagi saya, kita sudah cukup lengkap pemain di bahagian serangan dengan adanya Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino. Perhatian khusus perlu diberikan kepada pertahanan yang tempang,” katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERTAHANAN Liverpool, Alberto Moreno berharap rakan sepasukannya Philippe Coutinho terus kekal di Anfield.
  • LIVERPOOL menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas membelasah Maribor 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.
  • PENGERUSI Liverpool, Tom Werner menafikan kelab itu mendapat tawaran untuk dibeli oleh seorang jutawan Amanda Staveley dengan nilai £1.5 billion (RM 7.5 bilion).
  • "JANGAN bermimpi mahu merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kalau begini keputusannya yang diraih," demikian pengakuan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas The Reds terus mempamerkan permulaan buruk musim ini dengan kekalahan 1-4 di tangan Tottenham Hotspur di Wembley, awal pagi tadi.
  • LIVERPOOL mampu menyekat serangan Harry Kane menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Wembley, malam esok.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.