PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berasakan The Red Devils belum cukup lengkap walaupun selepas mendapatkan Victor Lindelof dan Romelu Lukaku.

Mourinho berkata, dia memerlukan dua pemain baharu lagi sebelum memulakan musim di Liga Perdana Inggeris.

"Kami belum lagi mahu menutup pintu untuk mendapatkan pemain baharu. Saya tidak begitu gembira jika kami hanya mampu mendapatkan Lukaku dan Lindelof. Kami perlukan beberapa pemain baharu lagi.

"Sejujurnya saya mahukan empat pemain, tetapi itu bukan tugas mudah. Jadi, jika dapat satu atau dua pemain ianya sudah cukup baik untuk kami," katanya.

Dalam pada itu, Mourinho enggan mengulas mengenai khabar angin pemain Chelsea, Nemanja Matic akan ke United.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOSE Mourinho menegaskan terlalu awal untuk melabelkan The Red Devils sebagai calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
  • PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho menyalahkan tugasan antarabangsa digalas pemainnya punca kelab itu gagal mencatat kemenangan ketika berkunjung menentang Stoke City, baru-baru ini.
  • “PEMAIN tidak tampil di tahap yang terbaik selepas pulang untuk aksi kebangsaan masing-masing,” kata Pengurus Manchester United, Jose Mourinho.
  • GAGAL menang ke atas Stoke City sebaliknya hanya seri 2-2 jelas mengundang rasa kecewa pengendali Manchester United, Jose Mourinho.
  • ZLATAN Ibrahimovic mengumumkan dia semakin pulih kecederaan lutut dialaminya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.