PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai cara lain selain menangguhkan beberapa perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) pada Julai dan Ogos ini sekiranya pasukan dan kelab masih enggan melepaskan pemain skuad 23 tahun negara (B-23).

Pengurus Pasukan B-23, Datuk Wira Yusoff Mahadi bagaimanapun berkata, keputusan hanya akan diambil selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan terbabit minggu depan.

Skuad B-23 negara dijangka akan mengadakan latihan selama sebulan di luar negara pada bulan Ramadan ini sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Kelayakan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) B-23 2018 bermula 19 hinga 23 Julai di Bangkok dan Sukan Sea Kuala Lumpur bermula 15 hingga 30 Ogos depan.

“Kita masih mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Jika pasukan tidak mahu melepaskan pemain, kita terpaksa membuat pindaan jadual Liga-M yang melibatkan beberapa perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan Piala Malaysia untuk beri ruang kepada pemain membuat persediaan.

“Tetapi  ini akan menyebabkan liga diheret sehingga Disember berbanding jadual asal pada hujung Oktober, sekali gus menyebabkan pasukan kekurangan masa untuk persediaan pramusim kerana musim 2018 akan bermula hujung Januari,” katanya.

Media kelmarin melaporkan bahawa beberapa pasukan dan kelab Liga-M tidak rela untuk melepaskan pemain mereka bagi membuat persediaan untuk kedua-dua kejohanan itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELAB Penyokong Bola Sepak Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berterus terang dan mengeluarkan kenyataan sama ada Kedah boleh bermain dalam kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan atau tidak.
  • BEKAS pertahanan PKNS FC, Azmi Muslim sah menyarung jersi Melaka United bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.
  • PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan dua kelab yang akan beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.
  • STATUS Lesen dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi membolehkan mereka beraksi pada Piala AFC 2018 masih menjadi tanda sehingga hari ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka bakal mewujudkan Liga Divisyen Empat sebagai usaha produktif dalam memacu perkembangan pemain muda di negara ini, lapor SHAFIQ TINO.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.