PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Ahmad Shah berharap skuad Tok Gajah muncul pemenang pada perlawanan akhir Piala FA bertemu Kedah di Stadium Shah Alam, malam ini.

Tengku Abdullah juga mahu kesemua pemain Pahang memberikan komitmen penuh bagi memastikan piala berkenaan dapat dibawa pulang ke Kuantan.   

“Saya berdoa dan berharap benar Pahang akan menjuarai Piala FA dan ini adalah satu titik sejarah kepada kebangkitan semula pasukan Pahang.

"Di final nanti, saya harap semua pemain tidak mensia-siakan setiap peluang yang terhidang. Sekecil mana pun peluang, cuba jaringkan gol," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah menasihatkan semua penyokong  Pahang  mengikut segala peraturan ditetapkan dan tidak melakukan tindakan yang memalukan negeri.

"Kalau pergi ke Stadium Shah Alam jagalah disiplin, nama baik negeri dan pasukan.

"Jangan melakukan perbuatan yang memalukan imej pasukan kita dan negeri," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Kelab Shahzan Muda, Tajudin Nor berkata, kemenangan ke atas Selangor PIB FC 3-0 pada pusingan pertama Piala FA kelmarin sebagai suntikan semangat bagi pasukannya untuk terus mencatat kemenangan pada perlawanan seterusnya.
  • PASUKAN Terengganu City FC (TCFC) berjaya mengesahkan slot ke pusingan seterusnya selepas melakarkan kemenangan 2-1 ketika turun melayan kunjunan Jerantut FA dalam aksi pusingan pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
  • SKUAD Tok Gajah melakar kemenangan sulung dalam saingan Liga Super 2018 selepas menundukkan The Red Warriors (TRW) 3-0 di Stadium Darul Makmur, di sini malam ini.
  • PENGURUS West Bromwich Albion, Alan Pardew tetap tidak berpuas hati dengan perjalanan perlawanan di Anfield walaupun kelabnya berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Liverpool pada aksi Pusingan Keempat Piala FA.
  • LIVERPOOL seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas disingkirkan West Bromwich Albion 3-2 di Anfield dalam saingan Piala FA.