PEMAIN  Paris Saint-Germain (PSG), Marco Verratti dikatakan menjadi sasaran utama Barcelona musim depan.

Baru-baru  ini berita penghijrahan pemain kebangsaan Itali itu ke Barcelona dikatakan semakin  hampir selepas dikhabarkan  beliau sudah berada di Barcelona dan sempat makan malam bersama Lionel Messi di sana.

Bagi  pemain  lagenda  Itali,  Paolo Maldini, jika benar Verratti membuat  keputusan untuk berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol itu, beliau akan memberikan sokongan penuh.

"Verratti adalah seorang pemain yang luar biasa dan saya amat menghargai kualiti yang ada pada dirinya.

"Bagi saya, jika beliau berhasrat berhijrah dari PSG itu adalah keputusan yang baik untuk mengembangkan lagi kariernya.

"Barcelona memang kelab yang ideal untuknya dan saya percaya dia akan menjadi seorang pemain yang mampu melengkapkan lagi Barcelona musim depan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.