BARCELONA tidak menganggap aksi timbal balik di laman sendiri memberi kelebihan buat mereka layak ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Sebaliknya, gergasi Sepanyol itu berkata keputusan aksi pertama di gelanggang lawan bakal menentukan nasib mereka dalam saingan Eropah kali ini.

Pada majlis undian kelmarin, skuad kendalian Luis Enrique itu diundi bertemu Juventus di suku akhir pertama di Turin pada 12 April, sebelum aksi timbal balik di Nou Camp seminggu kemudian.

"Tiada lawan mudah di suku akhir. Apa pun, undian telah dibuat dan kami sekali lagi dipertemukan dengan pasukan yang hebat.

"Kami tidak memandang ringan keupayaan Juventus kerana kami pernah bertemu dengan mereka di perlawanan akhir dua tahun lalu," kata Timbalan Presiden Barcelona, Jordi Mestre.

Barcelona berjaya layak ke pentas suku akhir selepas bangkit  menundukkan  Paris Saint Germain (PSG) 6-1 di laman sendiri.

Pada aksi pertama, Barcelona diaibkan PSG 4-0 di Paris.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMENANGAN besar tujuh gol tanpa balas dalam aksi Liga Juara-juara Eropah bertemu Maribor di Ljudski vrt Stadion awal pagi tadi membuktikan Liverpool masih belum hilang bisa.
  • JOSE Mourinho mengingatkan Romelu Lukaku supaya melupakan sebarang pujian berikutan permulaan cemerlangnya di Manchester United apabila dua gol penyerang Belgium itu membantu kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
  • LIVERPOOL terus optimis mampu melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara walaupun hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan peringkat kumpulan.
  • JORDAN Henderson mahu jentera Liverpool lebih agresif bagi memastikan The Reds melakar kemenangan dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara.
  • PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mahu penyokong Los Blancos menghentikan cemuhan terhadap Gareth Bale selepas pemain itu menjaringkan gol menarik ketika berdepan Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.