KELAB bola sepak gergasi Sepanyol yang juga juara empat kali Liga Juara-juara, Barcelona, dijangka bakal mengadakan kunjungan sulung ke Malaysia pada 10 Ogos tahun ini.

Laman web rasmi kelab itu www.fcbarcelona.com melaporkan Barcelona akan berada di Kuala Lumpur selepas beraksi di Shanghai (China) pada 4 Ogos dan Bangkok (Thailand) tiga hari kemudian dalam rangka lawatannya ke Asia.

Bagaimanapun, pada sidang akhbar di ibu pejabat kelab itu kelmarin, Presiden Barcelona Sandro Rosell tidak menyatakan pasukan yang akan ditentang kelab itu dalam siri Jelajah Asianya.

Rosell hanya mengesahkan Barcelona akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan di rantau Asia, yang merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan untuk menghadapi musim 2013/2014.

Kelab ini, yang antara lain membariskan pemain terbaik dunia Lionel Messi, kini mendahului La Liga dengan 68 mata hasil 26 perlawanan. - Bernama.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEKAS pemain pertahanan Barcelona, Jeremy Mathieu mendedahkan layanan yang diterimanya di kelab itu selama tiga tahun berkhidmat di Nou Camp cukup mengecewakan.
  • BARCELONA (Barca) meletakkan bayaran 222 juta Euro atau 198 juta pound (RM1.1 bilion) jika pasukan Paris St-Germain (PSG) betul-betul mahukan Neymar.
  • PEMAIN veteran Barcelona, Andres Iniesta menegaskan hubungan Neymar dengan pemain yang baharu dibeli, Nelsen Semedo sudah pulih seperti biasa.
  • BARCELONA berjanji membawa masuk pemain berstatus bintang ke dalam pasukan dalam jendela perpindahan pemain ini.
  • PEMAIN Tottenham Hotspur, Christian Eriksen tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah menyertai Barcelona musim depan.