Zulfadli Zulkifli
$entry.content.caption.value

JUARA badminton remaja dunia, Zulfadli Zulkifli menyifatkan tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menyenaraikan beliau dalam skuad Piala Thomas, tiada kaitan dengan kurangnya pengalaman ataupun faktor usia.

Sebaliknya, tegas beliau, BAM sebenarnya tidak berani mempertaruhkan kelibat pemain muda kerana takut Malaysia kalah dalam sesuatu kejohanan yang disertai.

Lagipun menurut Zulfadli, BAM pernah menyatakan, lebih banyak kelibat pemain muda yang terlibat dalam sukan badminton lebih baik kerana ia memberi peluang kepada BAM untuk mengenal pasti pemain berpotensi untuk menggantikan Datuk Lee Chong Wei.

“Nak katakan saya tidak berpengalaman adalah tidak tepat kerana saya banyak bertanding dalam kejohanan di rantau Asia. Mungkin belum ada rezeki untuk mewakili negara dalam kejohanan Piala Thomas tahun ini.

“Hingga ke hari ini, tiada perbincangan dengan BAM mengenai perkara ini. Saya hanya berbalas kenyataan dalam media sahaja,” katanya, ketika ditemu ramah dalam program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Ketua Jurulatih badminton negara, Razif Sidek berkata, tindakan BAM tidak mempertaruhkan pemain muda dalam Piala Thomas kali ini, menunjukkan badan induk badminton itu hanya berminat de­ngan kejayaan segera.

Menurutnya, BAM sepatutnya menghantar pemain pelapis menyertai pemain senior agar mereka boleh mempelajari sesuatu yang berharga, terutama cara-cara untuk menguruskan tekanan dan tentangan pihak lawan.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.