PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) berpuas hati dengan kutipan hanya satu pingat emas pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) walaupun tidak mencapai sasaran awal dua pingat emas pada temasya dwitahunan itu.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan barisan pemain negara, terutamanya skuad wanita yang merangkul emas tunggal menerusi Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita.

"Secara jujur saya terima dengan hati terbuka apabila kita tidak dapat capai sasaran dua pingat emas. Kita perlu sedar THailand dan Indonesia menurunkan pemain utama masing-masing manakala kita pertaruhkan pemain pelapis,” katanya ketika ditemui media di Arena Axiata di sini, hari ini.

Katanya, beliau akan akan mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen serta barisan kejurulatihan bagi membincangkan masalah kekuatan mental pemain.

Skuad badminton hanya meraih satu pingat emas, lima gangsa dan dua perak di mana mereka terlepas sasaran dua pingat emas, dua perak dan empat gangsa yang diletakkan oleh BAM.  –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.