BAM perlu berani
$entry.content.caption.value

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) perlu berani mengetengahkan pemain baru dalam pertandingan antarabangsa sebagai usaha untuk mendedahkan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pendedahan ini membolehkan mereka lebih bersedia untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh pemain-pemain yang sudah berusia dan tidak dapat mengekalkan pres­tasi terbaik mereka.

“Kalau kalah pun (pada peringkat permulaan) tidak apa. Mereka dapat menimba pe­ngalaman (dengan bertanding di peringkat antarabangsa),” katanya mengulas kegagalan skuad badminton wanita negara dalam Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Uber di Macau.

Ahmad Shabery mengakui pencapaian skuad badminton wanita negara di peringkat antarabangsa masih belum dapat dibanggakan lagi dan meminta BAM menggandakan usaha untuk menyediakan pemain berpotensi seawal peringkat sekolah.

Skuad negara gagal meraih slot terakhir ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei setelah tewas kepada Indonesia dan Hong Kong.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.