PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) melantik bekas pemain beregu kebangsaan, Vountus Indra Mawan Saniru sebagai jurulatih beregu lelaki negara bagi menggantikan Jeremy Gan yang meletakkan jawatan pada 30 September lalu.

BAM, dalam kenyataan hari ini, berkata pelantikan bekas pemain berusia 28 tahun dari Sabah itu berkuat kuasa 15 Oktober ini dan akan bertugas sebagai penolong jurulatih kepada ketua jurulatih beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit.

Vountus, yang berganding dengan Mohamad Arif Abdul Latif, pernah merangkul pingat gangsa dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Remaja Asia 2007 di Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut membantu skuad Malaysia memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran pada temasya Sukan Universiti (Universiade) di Gwangju, Korea Selatan pada 2015. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) membuka peluang kepada bekas pemain yang memiliki kepakaran untuk mengisi jawatan jurulatih beregu lelaki negara yang dikosongkan Jeremy Gan, minggu lalu.
  • BUANG ego dan sentiasa berbincang. Demikian nasihat bekas pemain negara, Koo Kien Keat kepada gandingan baharu dibentuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM), iaitu Goh V Shem- Teo Ee Yi manakala Tan Wee Kiong-Ong Yew Sin.
  • APA jua masalah dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus diselesaikan segera bagi mengelakkan implikasi lebih buruk kepada badan induk tersebut, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
  • PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sedia mempertimbangkan untuk melantik lebih daripada seorang jurulatih bagi membimbing skuad beregu lelaki negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.