KUALA LUMPUR - Kecederaan yang dialami perseorangan badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak menghalang beliau daripada menjalani latihan di Stadium Juara Bukit Kiara pagi ini.

Bagaimanapun, jurulatih Tey Siu Bock berkata Chong Wei hanya akan mengikuti latihan ringan setiap hari, iaitu 50 peratus daripada tahap latihan yang biasa dilakukan atlet itu.

"Buat masa ini fokus utama beliau (Chong Wei) adalah pada 'rehab' (proses pemulihan). 

"Beliau hanya akan menjalani latihan ringan iaitu menumpukan pada tangan saja. Tak boleh terlalu berat kerana takut akan menjejaskan lagi kecederaan beliau," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan. 

Atlet berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas. 

Beliau yang dijadualkan beraksi di Olimpik London pada Julai, kini menjalani rawatan fisio di bawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN). 

Tinjauan Bernama mendapati jaguh badminton negara itu kelihatan bersemangat serta masih mampu melakukan pukulan kencang meskipun tidak banyak melakukan gerakan kaki dan lompatan.

Beliau berlatih lebih kurang 30 minit bersama Tey sebaik sahaja selesai sesi terapi fisio.

Tey berkata beliau akan sentiasa memantau proses pemulihan anak buahnya itu menerusi maklum balas yang diterima setiap minggu daripada ISN. 

"Kita pun tak tahu berapa cepat proses pemulihan beliau. Mungkin ambil masa empat hingga lima minggu lagi, bagaimanapun kita akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada doktor yang merawat beliau," katanya.  -- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Juara bertahan Malaysia membuka kempen Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (Para 2017) dengan langkah sumbang apabila tewas 1-2 kepada Thailand pada perlawanan pusingan awal acara bola sepak lima sebelah di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa sedang menyiasat punca menyebabkan 16 atlet Malaysia yang menyertai pelbagai acara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mengalami keracunan makanan.
  • KUALA LUMPUR - Skuad sepak takraw wanita negara mencatat kemenangan sulung pada aksi pertama acara regu dengan menewaskan Filipina 2-0 di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
  • KUALA LUMPUR - Sukan Sea ke-29 merupakan peluang terbaik untuk Malaysia merampas kembali pingat emas sukan karate dalam acara kumite berpasukan lelaki, sekali gus menamatkan penantian selama 26 tahun untuk mengungguli acara itu.
  • KUALA LUMPUR - Dengan hanya tinggal 16 hari sahaja lagi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan dibuka secara rasmi, semua atlet yang bakal menggalas cabaran perlu mempunyai mentaliti untuk menang yang tinggi, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.